Wednesday, January 7, 2009

Mengapa perlu memperdagangkan Hudud?

Sekali lagi isu hudud timbul kembali setelah sekian lama tenggelam. Ia umpama bahan komoditi yang akan meningkat permintaannya sekiranya pilihanraya muncul.

Suasana begini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah di peringkat antabangsa sekalipun di kebanyakan Negara-negara Islam, parti-parti politik Islam terus menjadikan isu perlaksanaan hukum hudud ini sebagai bahan isu terpenting. Lebih-lebih lagi untuk membezakan ia lebih islamik dari parti yang mereka sebut sekular.

Sekiranya mereka benar-benar ikhlas hendak melaksanakan hudud, mereka perlulah berfikiran merentasi sempadan politik kepartian hingga boleh duduk semeja untuk bermuzakarah mencari di mana titik persetujuan dan mencari kaedah terbaik untuk melaksanaakan hukum Allah ini.

Hudud hanyalah sebahagian daripada hukum syariah yang berkait rapat dengan hal-ehwah jenayah. Secara umum, ulamak membahagikan syariah Allah kepada 3 aspek utama iaitu: Iktiqadiah (soal2 berkaitan dengan aqidah), Akhlaqiah (soal2 berkaitan dengan akhlak, moral dan etika) dan ‘Amaliyah. ‘Amaliah terbahagi pula kepada ibadah (hubungan diantara hamba dengan Tuhannya) dan mu’amalah (hubungan hamba sesama mereka). Aspek muamalah ini pula terbahagi kepada pelbagai cabang antaranya Ahwal Syaksiah (aspek kekeluargaan), Muamalah Maliah (pentadbiran ekonomi dan harta termasuk kewangan Islam), Siyasah Syariiyyah (pentadbiran politik), Jinayah (hudud dan takzir) dan sebagainya.

Syariah Allah merangkumi banyak perkara bukannya hanya tertumpu kepada hudud semata-mata. Kadangkala saya berasa sangsi mengenai keikhlasan pihak-pihak tertentu dalam memperjuangkan hukum hudud seolah-olah ia merupakan keutamaan dalam pensyariatan hukum Allah. Kenapa tidak ditekankan aspek-aspek lain dalam Syariah yang lebih penting kalaupun tidak sama penting dengan Hudud ini.

Janganlah kerana kegilaan kepada kuasa kita sanggup memperjudikan hukum Allah. Janganlah kerana rakus berparti kita sanggup memperalatkan agama Allah. Hudud adalah hak Allah yang wajib kita semua pertahankan. Cuma dalam konteks perlaksanaannya sahaja memerlukan kebijaksanaan dari segi pendekatan merealisasikannya agar ia tidak menjadi fitnah dan tidak sekali-kali melanggari matlamat asas syariah (maqasid as-syariah) sebagaimana yang digariskan Allah.

2 comments:

  1. salam
    saya setuju dengan cara pmikiran tokzam,kerana selama nie pun saya rasa kebanyakkan hukum2 ini seasoning(dengan izin)..hanya untuk kpentingan peribadi...jadi ianya memerlukan anjakan paradigma yg begitu keras...salammm

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah,

    Alhamdulillah, walaupun jarang bersua muka, namun pertemuan di alam maya membolehkan kita berkongsi pendapat dan idea.

    www.cikgumyh.blogspot.com

    ReplyDelete